Staff TVS tetap bersemangat

KUCHING: Berita dan penerbitan program TVS diteruskan dan dilakukan di tempat yang selamat meskipun bilik berita ditutup sementara akibat Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Suhaimi Sulaiman berkata, penutupan sementara bilik berita TVS tidak akan mematahkan semangat para staf stesen penyiaran itu.

Kata Suhaimi, memandangkan hampir kesemua staf TVS perlu bekerja dari rumah, berita akan disampaikan pada jam 8.00
malam ini dari rumah wartawan-wartawan penyiaran TVS menggunakan teknologi terkini.

“Covid-19, bukan alasan untuk kita tidak berkarya. Penonton mahukan berita yang terkini. Kita perlu jadi
penyiar yang kreatif menggunakan cara terbaik untuk bersiaran dan berfikir secara lateral menyelesaikan
masalah.

“Pendekatan yang digunakan bertepatan dengan misi TVS menyampaikan bahan tontonan yang
segar, informatif, menghiburkan dan memberi inspirasi kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaimi juga akan bersama penyampai berita TVS yang lain menyampaikan berita pada malam ini iaitu Steward Dawi, Priscilla John, Nur Suhaida, Connie Grace dan
ramai lagi.

Turut menyampaikan berita seorang penyampai berita TVS yang disahkan positif Covid-19 yang akan bersiaran dari pusat kuarantin khas.

Saksikan wartawan-wartawan TVS menyampaikan berita dari rumah masing-masing bermula dengan TVS Utama
pada Jam 8.00 malam, Ahad, 18 April 2021.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak