Tidak dibenar keluar atau masuk Bintulu kecuali perlu

BINTULU: Pergerakan keluar dan masuk ke Bahagian Bintulu adalah tidak dibenarkan kecuali bagi perkhidmatan perlu.

Ini adalah antara inti pati baharu prosedur operasi standard (SOP) Diperketatkan bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang disyorkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu pada mesyuarat petang Isnin.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat berkata orang awam juga diwajibkan menjalani ujian calitan RT- PCR bagi mendapatkan kelulusan daripada Pejabat Kesihatan dan permit polis untuk rentas zon atau daerah.

Ini, katanya, kerana masyarakat luar sering mempertikaikan kenapa orang awam dari Bintulu tidak perlu menjalani ujian calitan(RT-PCR) apabila hendak ke zon atau Daerah lain di negeri ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak