Tujuh premis dipotong elektrik, disyaki terlibat judi tanpa lesen

KUCHING: Sebanyak tujuh premis di Tabuan Jaya, Sentral dan Satok disyaki terlibat dalam kegiatan judi tanpa lesen dipotong bekalan elektrik, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, Operasi Bersepadu itu dilaksanakan bermula 9.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Menurutnya, tindakan tersebut dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching bersama-sama kakitangan Sarawak Energy Berhad (Sesco).

“Aktiviti perjudian yang bersembunyi di premis-premis ini berjaya dikenal pasti hasil serbuan pasukan operasi dalam tempoh empat hari bermula Isnin lalu.

“Selain itu turut diberkas, lima individu yang disyaki menjadi ejen jualan judi dalam talian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, kesemua suspek masih direman untuk siasatan lanjut.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak