Wajarkah S’wak kembali dikenakan PKP

ADAKAH Sarawak wajar dikunci semula? Atau dengan kata mudah, menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti pada Mac tahun lalu.

Menyoroti rekod harian kes Covid-19 kebelakangan ini, tindakan penguncian semula dianggap sebagai langkah terbaik. Di media sosial misalnya, ramai yang melahirkan kebimbangan melihat kepada bilangan kes yang sentiasa meningkat… mencecah angka 555, 607.

Mungkin ada betulnya, payung disediakan sebelum hujan supaya nasi tidak menjadi bubur. Namun, bersediakah kerajaan? Bersediakah kita sebagai rakyat?

Ini bukan keputusan yang mudah untuk dimuktamadkan, mereka sebagai pemimpin berusaha mendapatkan yang terbaik untuk rakyat. Ini kerana, PKP pada Mac tahun lalu telah memberikan impak besar kepada ekonomi negara dan corak kehidupan rakyat.

Maknanya jika PKP dilaksanakan, pro dan kontra harus diteliti terlebih dahulu dengan sedalam-dalamnya. Bagaimanapun, penulis optimis Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang menilai apa yang terbaik. Cuma, apa yang diharapkan di pihak masyarakat adalah disiplin untuk patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

SOP keselamatan yang ditetapkan kerajaan bagi mendepani Covid-19 disifatkan langkah terbaik, selain inisiatif pemberian vaksin.

Kerana, virus maut itu gemar kepada situasi sesak tanpa penjarakan fizikal. Dan, ia terbukti apabila kerajaan mengakui penularan kes-kes di Sarawak kebanyakannya berpunca daripada aktiviti sosial yang mengabaikan SOP misalnya mengambil mudah penjarakan fizikal.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 15 Apr 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak