Zakat Fitrah kekal RM7 untuk tahun ini

KUCHING: Jabatan Mufti Negeri Sarawak menetapkan kadar Zakat Fitrah untuk umat Islam di negeri ini kekal pada nilai RM7 seorang.

Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak Datuk Abang Mohd. Shibli Abang Mohd Nailie berkata, hanya satu kadar fitrah ditetapkan untuk Sarawak dan pihaknya telah menyediakan dua kaedah pembayaran iaitu secara tunai kepada Amil yang bertauliah serta menerusi aplikasi dalam talian.

“Ekoran itu, seramai 790 orang Amil yang bertauliah dilantik di seluruh Sarawak, dan orang ramai boleh membuat pembayaran di masjid atau surau dalam tempoh ia dibuka.

“Sekiranya mengikut garis panduan (SOP), masjid dan surau boleh beroperasi sehingga jam 10 malam, orang ramai oleh pergi ke masjid dan surau waktu solat fardu atau Tarawih termasuk membuat pembayaran di rumah Amil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, Kadar Zakat Fitrah Ramadan bagi tahun 1442H/2021M di Dewan Utama Saidina Umar AL-Khattab, di Ibu Pejabat TBS, Batu Kawa, hari ini.

“Selain itu , orang ramai juga boleh membuat bayaran zakat menerusi portal rasmi Baitulmal Kamek, aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak, Sarawak Pay dan lain-lain,” ujarnya.

Beliau memaklumkan, pihaknya menyeru umat Islam di Sarawak untuk membayar Zakat Fitrah seawal 1 Ramadan menerusi saluran yang telah disediakan.

Datuk Abang Mohd. Shibli Abang Mohd Nailie

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak