S’wak komited hidupkan semula industri pelancongan

KUCHING: Sarawak komited dalam menghidupkan semula industri pelancongan melalui penekanan pada pelancongan yang bertanggungjawab dan pembangunan lestari.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, untuk mencapai tujuan itu, kementerian telah menyatakan komitmen Sarawak terhadap Pelancongan Bertanggungjawab pada Persidangan Antarabangsa Pelancongan dan Perhotelan yang Bertanggungjawab (ICRTH) 2021.

Jelas beliau, Deklarasi Cape Town 2002 mengenai Pelancongan Bertanggungjawab masih relevan hari ini yang bertujuan untuk mengurangkan kesan negatif ekonomi, alam sekitar dan sosial.

“Ia juga dapat menjana faedah ekonomi yang lebih besar bagi penduduk tempatan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti, memperbaiki keadaan kerja dan akses ke industri.

“Oleh itu, kami tidak akan membuat pernyataan lain dan kami ingin memberitahu komitmen Sarawak untuk membina semula pelancongan secara bertanggungjawab melalui pembangunan lestari.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 30 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak