17 individu di kompaun langgar SOP, PKPB

KUCHING: Seramai sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan di kompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata lima lelaki dan dua wanita yang berusia dalam lingkungan 21 tahun sehingga 31 tahun dikesan melakukan kesalahan tersebut di sebuah pusat snuker di Jalan Song, di sini kira-kira jam 9.05 malam semalam.

“Pengeluaran kompaun di buat susulan pemeriksaan pasukan pemantauan IPD Kuching,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala, katanya empat lelaki dan seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 15 hingga 17 tahun di kompaun kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di City Square, Jalan Pending kira-kira jam 8.20 malam.

Merbin berkata, kesemua individu terbabit di kompaun di bawah Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) Pindaan 2021, (No. 21) 2021.

Katanya kesemua mereka dibawa ke balai polis IPD Kuching untuk pengeluaran kompaun.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak