24 Merah, 4 jingga dan 12 kuning , hijau tiada

KUCHING: Daerah Belaga bertukar merah dari jingga hari ini, kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Jelasnya ia apabila daerah tersebut merekodkan 56 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah sebanyak 24 daerah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala, Tatau kembali ke status jingga daripada status merah setelah merekodkan hanya 30 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga sebanyak empat daerah.

Manakala 12 daerah kekal berstatus kuning dan tiada daerah berstatus hijau.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak