355 atlet diarah pulang

MAJLIS Sukan Negara (MSN) sudah mengarahkan 355 daripada 695 atlet kebangsaan pulang ke kediaman masing-masing dalam usaha membendung risiko penularan Covid-19 dalam kalangan atlet, jurulatih dan pegawai.

Mereka yang terlibat adalah terdiri daripada atlet pelapis dan tidak menyertai sebarang kejohanan penting pada tahun ini, sudah meninggalkan asrama dan venue latihan secara berperingkat bermula 7 hingga 12 Mei lepas.

Pengarah Bahagian Atlet MSN Jefri Ngadirin (gambar) berkata kesemua atlet akan kekal berada di kediaman masing-masing sehingga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 7 Jun ini.

“Sekiranya PKP sambung, kita akan berbincang semula macam mana latihan mereka, buat masa sekarang mereka tetap berlatih di rumah secara dalam talian,” katanya kepada Bernama.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak