405 kes baharu, satu kematian

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 405 kes baharu Covid-19 dengan satu kematian kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

Menurutnya dalam satu kenyataan, sejumlah 289 atau 71.36 peratus daripada jumlah kes ini telah dikesan di Daerah Kapit, Sibu, Bintulu, Miri dan Kuching.

“Daerah-daerah yang merekodkan kes ialah Daerah Kapit (79), Sibu (68), Bintulu (60), Miri (47), Kuching (35), Mukah (17), Samarahan (17), Subis (16), Serian (13), Sebauh (9), Pakan (8), Sri Aman (8), Tebedu (6), Selangau (6), Lundu (4), Song (4), Bukit Mabong (3), Pusa (2), Tatau (1), Kanowit (1) dan Sarikei (1). Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,726 kes.

“Daripada 405 kes baharu yang dilaporkan, seramai 34 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan,” katanya.

Tambahnya, kes kematian ke-212 adalah kes ke-32,392 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 43 tahun dari Daerah Beluru yang telah mendapat rawatan di Hospital Miri kerana mengalami kesesakan pernafasan.

“Kes didapati bergejala demam dan mengalami batuk sejak tiga (3) hari yang lepas sebelum mendapatkan rawatan.

“Ujian calitan menunjukan beliau positif Covid-19 apabila kesihatan semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 11 Mei 2021,” jelasnya.

Ujar JPBN, kes mempunyai ko-morbiditi penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang kronik.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak