405 kes positif baharu, lima kematian

KUCHING: Kes positif Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 38,383 kes apabila sebanyak 405 kes positif baharu dikesan di negeri ini, hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, sejumlah 267 atau 65.92 peratus daripada jumlah kes itu dikesan di daerah Miri, Sibu, Kuching, Pusa dan Bintulu.

“Daerah yang merekodkan kes pada hari ini ialah Daerah Miri (98), Sibu (54), Kuching (42), Pusa (37), Bintulu (36), Kanowit (24), Kapit (21), Song (17), Sri Aman (11), Pakan (9), Serian (8), Sarikei (8), Subis (7), Saratok (6), Selangau (4), Bau (4), Samarahan (4), Betong (3), Beluru (3), Sebauh (3), Lundu (2), Merdaong (2), Tebedu (1) dan Belaga (1).

“Daripada 405 kes baharu yang dilaporkan seramai 43 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Sementara itu, JPBN mendedahkan lima kes kematian baharu akibat Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kematian di negeri ini meningkat kepada 224 orang.

Kes kematian ke-220 adalah kes positif ke-26,183 yang melibatkan seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 78 tahun telah menerima rawatan di Hospital Bintulu kerana saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 pada 22 April lalu.

“Kes kematian ke-221 pula adalah kes positif ke-37,705 yang melibatkan seorang perempuan rakyat Sarawak berumur 52 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Mukah kerana mengalami kelesuan, cirit birit dan kesakitan di bahagian perut sejak dua hari yang lalu.

“Selain itu, bagi kes kematian ke-222 pula adalah kes positif ke-30,301 yang melibatkan seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 65 tahun menerima rawatan di PKRC apabila saringan pengesanan kes aktif di kawasan berisiko tinggi pada 26 April lalu dengan ujian rT-PCR adalah positif Covid-19,” jelasnya.

JPBN menambah, kes kematian ke-223 atau kes ke-32,682 melibatkan seorang perempuan rakyat Sarawak berumur 29 tahun telah dirujuk ke Hospital Bintulu dari sebuah klinik swasta kerana mengalami gejala demam.

“Manakala bagi kes kematian ke-224 melibatkan kes positif ke-34,759 iaitu seorang lelaki rakyat Sarawak berumur 92 tahun yang ditempatkan di PKRC apabila ujian calitan pada 5 Mei lalu bagi saringan kontak rapat kes positif dengan ujian rT-PCR adalah positif Covid-19.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak