6,028 premis perniagaan diperiksa sepanjang perlaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2021

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak membuat pemeriksaan ke atas 6,028 premis perniagaan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021.

Semalam Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Sarawak Mogan Arumugam berkata, susulan pemeriksaan tersebut, terdapat 92 kes dilaporkan di bawah beberapa kesalahan.

Menurutnya, antara kesalahannya ialah menjual barangan melebihi harga maksimum, gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal dan gagal mempamerkan tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual.

Katanya, ia melibatkan nilai rampasan sebanyak RM14,750.40 dan jumlah kompaun sebanyak RM11,000.

“KPDNHEP Sarawak sentiasa melancarkan usaha dan langkah menstabilkan harga barangan keperluan terutamanya semasa rakyat menyambut musim perayaan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak