70 individu di kompaun langgar SOP sejak 17 Mei lepas

KUCHING: Seramai 70 orang individu di kompaun akibat tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) hasil serbuan polis di kawasan awam dan premis dalam tempoh seminggu bermula 17 Mei sehingga semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa menegaskan rekod tersebut jelas menunjukkan segelintir masyarakat masih memandang ringan terhadap pematuhan SOP biarpun angka kes positif saban hari kian meningkat.

Dedah beliau kesemua kompaun terbabit merangkumi 52 individu lelaki manakala selebihnya adalah wanita.

“Terbaharu pada 22 Mei (semalam), pasukan pemantau kita telah mengesan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan berumur 38 hingga 48 tahun makan (dine in) di sebuah premis di Jalan Song sekitar jam 3.15 petang.

“Akibatnya ketiga-tiga individu terbabit masing-masing di kompaun RM2,000 manakala pemilik premis di kompaun RM10,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak