Anak syarikat Airasia terima lesen operasi pos dan kurier

KUCHING: Teleport, cabang logistik Airasia digital kini menerima Lesen Pos dan Kurier daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selama tiga tahun sehingga Disember 2023.

Menurut laporan Airasia, lesen tersebut di bawah kategori Lesen Perkhidmatan Bukan Sejagat (Kelas A), yang membolehkan syarikat Teleport menjalankan perkhidmatan kurier antarabangsa (masuk dan keluar) serta perkhidmatan kurier domestik di Malaysia.

Ketua Operasi Penghantaran Teleport, Siva Indran berkata, pihaknya akan terus berkembang maju di sebalik situasi ekonomi yang mencabar pada tempoh ini.

“Kami amat berbesar hati untuk menerima Lesen Pos dan Kurier oleh SKMM selama dalam tempoh tiga tahun ini.

“Lesen ini juga membolehkan kami mengawal rantaian bekalan dan meningkatkan kemampuan perkhidmatan kami seiring dengan pengembangan syarikat,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 26 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak