Atlet kelahiran Sarawak kembali lagi dengan cabaran pingat ke Olimpik Tokyo

LEBIH setengah abad yang lalu, atlet dari Bario, Lawas, Bala Ditta, 27, atau lebih dikenali sebagai Kuda Ditta berada di garisan permulaan acara lari berpagar bersama-sama jaguh dunia, memburu pingat Olimpik Tokyo 1964.

Beliau mencatat kepantasan terbaik, 14.6 saat, namun gagal ke peringkat separuh akhir. Tetapi Kuda Ditta yang berketinggian 6 kaki sebenarnya berjaya, melakar sejarah sebagai atlet pertama dari Sarawak ke pentas dunia.

Kemudiannya Sarawak melahirkan jaguh pecut, Watson Nyambek, pemegang rekod 100 meter negara (10.30 saat) yang melayakkannya ke temasya Olimpik Atlanta 1996.

Kemunculan Kuda Ditta dan Watson menandakan, Sarawak sudah pun mempunyai atlet bertaraf dunia sejak dahulu lagi.

Kini legasi tersebut berterusan dengan kemunculan bintang terjun, Pandelela Rinong, 28. Anak kelahiran Kampung Jugan, Bau itu bukan sahaja kebanggaan pasangan Pamg Joheng dan Hartini Lamim, tetapi merupakan ‘permata dan ratu’ negara. Kejayaan demi kejayaan di peringkat dunia mengukuhkan reputasi beliau yang bakal menjadi legenda suatu hari nanti. Rabu lalu, Pandelela meraih pingat emas Kejohanan Terjun Dunia Fina di Tokyo.

Sebelum ini beliau pernah meraih pingat perak Olimpik Rio Brazil 2016 dan gangsa Olimpik London 2012. Yang pasti emas Olimpik Tokyo 2020 menjadi buruan seterusnya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 09 Mei 2021

Dapatkan kandungan menarik kami di media sosial:
Klik Di Sini -->> Facebook | Tiktok | InstagramYoutube | |  Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak