ATM gerakkan sepasukan 39 pegawai dan anggota ke hospital medan Kapit

KUCHING: Seramai tiga Pegawai Perubatan, seorang Pegawai Tugas Am dan 35 anggota terdiri daripada paramedik, kuartermaster dan pemandu telah digerakkan ke Kapit bagi mendirikan Hospital Medan ATM.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen berkata mereka telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuching menuju ke Sibu, mereka turut membawa bersama peralatan perubatan seperti katil, troli, set computer, peralatan X-ray, khemah, oksigen dan penyaman udara mudah alih serta kelengkapan lain yang diperlukan bagi Hospital Medan.

“Kumpulan ini telah berlepas pada jam 2.55 petang. “Sejurus tiba di Lapangan Terbang Sibu, mereka akan bergerak menuju Kapit dengan menaiki tujuh buah trak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hospital Medan ATM akan didirikan di Dewan Masyarakat Melayu, Kapit yang terletak kira-kira 5 kilometer dari Hospital Kapit.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak