Bahana memproses bahan letupan terlarang

SIBU: Seorang pemuda yang mempunyai sebanyak 12 rekod jenayah lampau di sini dicekup polis kerana didapati memproses bahan letupan pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, bahan letupan yang diprosesnya ialah sejenis mercun kelapa dan didapati tidak sah.

Jelas beliau, suspek berusia 33 tahun itu merupakan seorang bekas penagih dadah dan penganggur.

“Suspek ditahan kira-kira jam 2.30 petang di sebuah rumah di Jalan Rambutan di sini. Hasil semakan polis, suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau,” ujarnya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak