Bantuan makanan untuk mereka terlibat kuarantin di rumah mulai 24 Mei ini

KUCHING: Mereka yang mendapat perintah kuarantin di rumah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mendapat bekalan bantuan makanan bermula 24 Mei ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Jelasnya, bantuan itu akan dilaksanakan bermula 24 Mei dengan kadar bantuan yang ditetapkan bernilai RM50 seorang bagi tempoh 14 hari kuarantin.

“Semua individu menerima arahan kuarantin di rumah dan memakai gelang tangan berwarna putih layak untuk menerima bantuan tersebut.

“Antara senarai barangan yang akan diterima ialah beras, gula, biskut kering, mi segera, kopi, teh, makanan dalam tin, garam, telur dan minyak masak,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 23 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak