Bekalan di bank darah masih di tahap tidak mencukupi

KUCHING: Bekalan darah di Hospital Umum Sarawak pada ketika ini masih berada pada paras yang belum selamat.

Faktor bulan puasa dan sambutan Aidilfitri baru-baru ini menyumbang kepada penurunan kadar kehadiran penderma Islam ke kempen derma darah yang dianjurkan.

Faktor peningkatan kes harian Covid-19 di kawasan Kuching turut memberi kesan kepada perolehan darah semasa Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana banyak kempen derma darah di pusat beli-belah terpaksa dibatalkan pada saat akhir oleh pihak penganjur.

Darah jenis B dan A menunjukkan kadar penurunan yang ketara diikuti darah jenis O dan AB. Sekiranya keadaan ini berterusan, operasi harian Hospital Umum Sarawak dikhuatiri akan terjejas.

Penggunaan darah harian yang dianggarkan sebanyak 70 hingga 80 beg sehari dalam kes-kes kecemasan, pesakit kanser, talasemia, kes-kes pendarahan tanpa henti di HUS menyebabkan keperluan darah amat tinggi dalam operasi harian HUS.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 21 Mei 2021

Suara Sarawak