Bekalan keperluan asas mencukupi

PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberi jaminan bahawa bekalan makanan keperluan di seluruh negara masih stabil dan mencukupi bagi menghadapi sekatan pergerakan penuh.

Beliau berkata, seperti pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas yang tidak merekodkan sebarang kes bekalan barangan keperluan asas terputus, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yakin, bekalan barang keperluan di seluruh negara stabil dan mencukupi semasa sekatan tersebut.

“Pengguna diseru tidak melakukan pembelian panik dan berlebihan, bagi mengelakkan gangguan bekalan di premis-premis jualan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan Covid-19 memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mei 2021

Suara Sarawak