Belia Sibu diseru daftar segera program vaksinasi

SIBU: Dianggarkan 70,000 belia di sini masih belum lagi mendaftar pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, jelas Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang ketika ditemui semalam.

Rentetan itu, beliau menggesa belia mendaftar diri untuk mendapatkan vaksin dengan segera.

Menurut Ketua Pemuda SUPP itu lagi, penting untuk mencapai sasaran vaksinasi 190,000 orang di Sibu bagi mewujudkan kelompok imunisasi yang sempurna.

“Sasaran kami untuk Sibu adalah 190,000 orang untuk divaksin. Setakat ini, menurut data terbaharu, kita hanya mempunyai sekitar 110,000 orang yang sudah berdaftar.

“Masih mempunyai sekitar 70,000 lagi belia belum mendaftar setakat ini,” tegas beliau. Michael menjelaskan, walaupun belia lebih cenderung menggunakan telefon pintar tetapi mereka masih belum mendaftarkan diri dengan aplikasi MySejahtera untuk program tersebut.

.…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 24 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak