Beri anak-anak tempatan peluang dalam industri

KUCHING: Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr. Annuar Rapaee mencadangkan supaya pihak industri memberikan peluang pekerjaan yang luas untuk anak-anak Sarawak.

Menurutnya, beliau tidak mahu berlaku penghijrahan anak-anak Sarawak ke tempat yang lain disebabkan oleh peluang pekerjaan.

“Walaupun terdapat kemungkinan pihak industri tidak memerlukan sepenuhnya kemahiran mereka atau pelajar ini tetapi sekurang-kurangnya berilah mereka ini peluang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program MyCareer @ MOHE, Zone Borneo (Sarawak) 2021 menerusi siaran langsung di Facebook rasmi Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak, hari ini.

Suara Sarawak