Bermulanya Sesi PdPR

KUALA LUMPUR: Seminggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, sesi pembelajaran murid sekolah diteruskan semalam dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi sekolah kumpulan B.

Sesi pembelajaran itu bermula 17 sehingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Bagi sekolah kumpulan A, (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) sesi pembelajaran itu telah bermula 16 sehingga 27 Mei. Beberapa orang ibu bapa memberikan respons positif susulan pengumuman pelaksanaan PdPR selama dua minggu ini, di buat Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang media pada 26 April lalu.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak