Bersyukur masih dibenar berniaga

KUCHING: Peniaga makanan di negeri ini bersyukur kerana masih dibenarkan beroperasi walaupun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk memperketatkan syarat prosedur operasi standard (SOP).

SOP tersebut telah menetapkan restoran, kedai makan, bistro, kafe, gerai makanan dan minuman tidak dibenarkan beroperasi secara ‘dine-in’.

Tinjauan Suara Sarawak mendapati golongan bekerja sendiri khususnya yang menjalankan perniagaan antara yang terjejas dan terpaksa mencari usaha lain demi meneruskan kelangsungan hidup.

Peniaga kedai makanan, Ana Arkap Abas berkata, tiada yang mampu diungkapkan selain akur dengan arahan yang diumumkan kerajaan demi memastikan pandemik ini berkurangan.

“Kami tetap akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan pelanggan tidak dibenarkan makan di kedai.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 23 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak