Bertindak positif, proaktif

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) menggesa warga guru khususnya KPM agar bertindak positif dan proaktif.

Presidennya Ahmad Mahlie berkata, tahun ini merupakan tahun kedua warga guru menyambut dan meraikan Hari Guru secara maya ekoran pandemik Covid-19. “Oleh itu, KGBS menyifatkan ia merupakan cabaran yang hebat kepada warga guru bukan sahaja dalam meraikan sambutan Hari Guru, malah keseluruhan sistem pendidikan negara ini.

“Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia tidak terkecuali negara kita sejak Mac 2020, salah satu sektor yang terkesan adalah sektor pendidikan,” katanya semalam.

Lantaran itu tambah Ahmad, KGBS mengajak rakyat Malaysia bersyukur kerana sistem pendidikan negara masih mampu beroperasi sehingga kini sedangkan ada sesetengah negara lain sistem pendidikan mereka terus lumpuh ekoran pandemik Covid-19.

“Sejak berlakunya pandemik Covid-19 ini, sistem pendidikan negara kita masih mampu beroperasi demi memastikan anak-anak murid tidak tercicir dalam mendapat pendidikan walaupun keadaannya agak tidak stabil.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 16 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak