Bukit Mabong kembali berstatus Merah

KUCHING: Jumlah daerah yang berstatus Merah di Sarawak meningkat kepada 25 daerah selepas Bukit Mabong bertukar status hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan berkata, daerah tersebut bertukar ke status Merah setelah merekodkan sejumlah 54 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Menurutnya, setakat hari ini daerah Simunjan telah bertukar status daripada
status Hijau kepada status Kuning selepas merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Kuning telah meningkat kepada 10 daerah dan status daerah berstatus Hijau menurun kepada empat daerah.

“Selain itu, jumlah daerah berstatus jingga pula menurun kepada satu daerah,” katanya dalam kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sarawak, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak