Cabaran ekonomi digital Sarawak

Perancangan ekonomi digital Sarawak berada pada landasan wajar sesuai ilham Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semenjak 2017 untuk menuju Sarawak maju 2030.

Sarawak berganjak daripada ekonomi tradisional kepada ekonomi digital berasaskan teknologi pintar ini selaras penubuhan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang melaksanakan MSC di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 1996 .

Usaha Sarawak ini juga sebagai menyahut maraknya ekonomi digital global, justeru memastikan pembangunan ekonomi digital ini inklusif dengan memanfaatkan sepenuhnya potensi Revolusi Industri 4.0 (4IR).

Di Sarawak ekonomi digital digarap untuk mencakupi sektor pertanian, 4IR, pelancongan, bandar pintar, kesihatan, e-dagang, kerajaan digital, pengangkutan dan sosial menepati perkembangan pantas arus global.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak