Cabaran wanita muda jadi jurusolek untuk perjalanan terakhir

KUCHING: Menghias orang yang sudah mati pasti memberikan perasaan gerun dan menakutkan.

Namun seseorang harus menyahut tugasan tersebut, bagi memastikan si mati kelihatan segar seperti ketika mereka masih hidup.

Seperti kebanyakan kerjaya lain, jurusolek pengebumian adalah kerjaya yang sangat dihormati.

Namun, di Asia, agak jarang melihat wanita mengabdikan kehidupan mereka menghias si mati kerana ia dianggap bertentangan dengan pantang larang dan industri pengebumian dilihat hanya sesuai dengan lelaki.

Jurusolek pengebumian merupakan seorang yang bekerja menghias si mati untuk tatapan mereka yang masih hidup ketika keranda dibuka. Kaka Tay Siaw Fang, 26, pergi ke Taiwan untuk belajar dan menamatkan kursus ITRC dalam solekan dan pemulihan si mati tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Dia kini bekerja di Nirvana Memorial Park Kuching – penyedia perkhidmatan pengebumian, dan telah bekerja sebagai jurusolek pengebumian pada usia muda 21 tahun.

Dia satu-satunya jurusolek perempuan yang bertanggungjawab menggayakan rambut dan mengenakan alat solek.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak