Daerah Marudi kembali ke status kuning

KUCHING: Jumlah daerah berstatus hijau hari ini menurun kepada dua apabila daerah Marudi kembali berstatus kuning.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, ia susulan Marudi merekodkan satu kes jangkitan tempatan baharu hari ini.

Ia sekali gus menjadikan hanya tinggal daerah Kabong dan Telang Usan masih berstatus hijau dan daerah berstatus kuning meningkat kepada 11 daerah.

JPBN turut memaklumkan daerah Tanjung Manis pula telah bertukar ke status jingga daripada status kuning setelah merekodkan sejumlah 22 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus jingga telah meningkat kepada tiga daerah, manakala 24 daerah kekal berstatus merah,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak