Dekoms rayu permit penjaja diteruskan

KUCHING: Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (Dekoms) merayu kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan supaya meneruskan pemberian permit sementara kepada penjaja kecil bagi memudahkan bantuan.

Presidennya, Bujang Boji Sitam (gambar) berkata sebelum ini penjaja hanya diberikan permit selama enam bulan.

“Jika boleh berilah permit tetap kepada para pejaja ini, atau kepada mereka yang pernah mendapat permit sementara selama enam bulan supaya dapat disambung sekurang-kurangnya untuk setahun lagi.

“Kami percaya, isu permit sementara antara isu utama yang dihadapi oleh penjaja kecil kerana perlu melalui pelbagai kerenah untuk mendapatkan permit,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bujang berkata, Dekoms bagaimanapun turut menyambut baik usaha Kerajaan Sarawak yang melancarkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS 6.0). Beliau menyifatkan usaha tersebut sedikit sebanyak dapat membantu rakyat daripada kekangan ekonomi susulan pandemik Covid-19.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak