Dua lelaki cedera ringan dalam satu kemalangan di KM 17, Jalan Kota Samarahan/ Sadong Jaya

KOTA SAMARAHAN: Dua lelaki cedera ringan dalam satu kemalangan di KM 17 Jalan Kota Samarahan/ Sadong Jaya Petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 3.30 petang tersebut melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dipandu oleh lelaki berusia 36 tahun dan Proton Iswara yang dipandu oleh lelaki berusia 51 tahun.

“Kemalangan berlaku apabila Proton Iswara bergerak dari arah Asajaya menuju ke Kota Samarahan semasa bergerak lurus dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan Perodua Kancil yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Alexson berkata, kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Keadaan Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan petang tadi. Kedua-dua pemandu mengalami kecederaan ringan

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak