Dua penjenayah pecah kenderaan berjaya di berkas polis

MIRI: Dua lelaki tempatan disyaki memecah masuk sebuah kereta di hadapan sebuah rumah dekat Taman Raja Isnin lalu (17 Mei) diberkas polis dua hari selepas kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Hakemal Hawari, kedua-dua suspek berusia 27 dan 32 tahun itu ditangkap pada hari sama di dua lokasi serbuan berasingan.

“Tangkapan pertama oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Miri terhadap suspek berusia 32 tahun dilakukan di sebuah bilik 103 Tropical Inn Lot 852 sekitar jam 8.35 malam.

“Suspek kedua ditahan semasa berada di dalam sebuah bilik hotel berhampiran Jalan Sylvia, Mcld pada jam 9.05 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, turut dirampas barangan kes disyaki dicuri hasil pecah masuk kereta berupa cincin emas, pasport, dan beberapa barangan peribadi lain milik mangsa.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

TAHAN…Salah seorang suspek yang ditahan di sebuah hotel bajet berhampiran Jalan Teochew

Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak