Dun Pantai Damai sumbang makanan basah kepada penduduk Kampung Boyan

KUCHING: Bagi melengkapkan keperluan makanan penduduk Kampung Boyan yang dikenakan Perintah Kawasan Pergerakan Diperketat (PKPD), Pusat Khidmat Dun Pantai Damai semalam menyerahkan makanan basah merangkumi ayam segar, sayur-sayuran dan telur.

Sumbangan disampaikan Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak Hasri Mohd Rais yang mewakili penduduk terjejas.

Menurut Dr Abdul Rahman, sumbangan tersebut diagihkan untuk 76 ketua isi rumah yang menetap di Kampung Boyan.

“Perjalanan PKPD di Kampung Boyan melibatkan 76 keluarga setakat ini berjalan lancar.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 26 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak