E-tunai belia berjumlah RM150 boleh dituntut mulai 1 Jun

KUCHING: Kira-kira 2 juta belia warganegara Malaysia layak dipelawa menuntut kredit e-tunai RM150 di bawah program eBelia bermula 1 Jun hingga 22 Julai ini, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai ini.

“Mereka yang layak di galak mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun 2021.

“Data belia disemak silang dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkaitan,” menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan semalam.

Tuntutan eBelia boleh di buat melalui empat saluran penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay dan Touch ‘n Go e-wallet.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 19 Mei 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak