Ekonomi negara bertambah baik, sesuai dengan langkah pemulihan diambil kerajaan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan kedudukan ekonomi negara bertambah baik pada tahun ini, sejajar dengan tindakan kerajaan dan pemulihan aktiviti ekonomi serta perdagangan dunia walaupun berdepan cabaran getir akibat pandemik Covid-19.

Menurutnya, Malaysia berada di landasan yang tepat dalam perancangan dan pengurusan ekonomi ke arah pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan dan ia mula menampakkan kesan positif.

“Perancangan kita sudah pun melihatkan kesannya. Satu… mungkin COVID-19 tak selesai. Tapi ekonomi kita sudah ada petanda peningkatan.

Eksport kita meningkat, import kita meningkat (dan) jumlah pekerja yang kita ambil mencecah 150,000, lebih daripada jadual 120,000 orang.

“Unjuran badan antarabangsa, pakar kita dan Bank Negara … kita akan lihat pertumbuhan 6.5 ke 7.0 peratus tahun ni. Ada masa empat ke tujuh bulan untuk lihat ia tercapai,” kata perdana menteri dalam program Bicara Khas Eksklusif bersama RTM dan Bernama TV.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak