Enam dikompaun langgar SOP, melepak di taman, Kenyalang Park

KUCHING: Enam individu dikompaun kerana melepak sambil berborak di Taman Lalu Lintas, Kenyalang Park di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 50 hingga 70 tahun itu ditahan pagi tadi.

“Mereka dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu berkumpul tanpa penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mereka perlu menjelaskan kompaun di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh 14 hari dari tarikh kompaun dikeluarkan.

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak