Era Sarawak dan Bank Rakyat agih 2,000 pek bubur lambuk

KUCHING: Sebanyak 2,000 pek bubur lambuk diagihkan oleh Bank Rakyat dengan kerjasama Era Sarawak kepada orang ramai secara pandu lalu, pada hari ini.

Ketua Bank Rakyat Wilayah Sarawak, Abdul Azis Rosli berkata, program tahunan tersebut telah berjalan dengan lancar meskipun pandemik Covid-19 masih melanda.

“Petang ini kita telah mengedarkan bubur lambuk di Masjid Bahagian, setelah turut mengedarkannya di Peryatim sebentar tadi.

“Program dengan kerjasama Era Sarawak ini, memang konsisten diadakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian, pada program pengagihan bubur lambuk di Masjid Bahagian Kuching, disini hari ini.

Menurutnya, bubur lambuk ini merupakan sumbangan Bank Rakyat kepada komuniti yang telah memberi sokongan terhadap perkhidmatan mereka.

Sementara itu, Penerbit program sarapan pagi Era Sarawak Malissa Sahari berkata, dia gembira melihat program bubur lambuk tersebut, kerana mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada masyarakat.

“Insya-Allah kita akan adakan kolobrasi yang lebih baik lagi dengan Bank Rakyat selain dari program bulan Ramadan pada masa akan datang.

“Semoga program kerja amal dan program untuk komuniti dapat di terusan pada masa akan datang dan menjadi contoh kepada agensi-agensi lain,” katanya lagi.

Menurut Malissa, pihaknya juga bakal mengadakan beberapa aktiviti amal yang lain bersama Centexs Komersial pada minggu hadapan.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak