Farmasi bergerak memudahkan pesakit dapat bekalan isian semula ubat mereka

MIRI: Perkhidmatan farmasi bergerak yang disediakan di Poliklinik Miri, Jalan Merbau di sini bakal menyediakan pesakit dengan akses mudah untuk mengambil ubat mereka.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, ia adalah cara terbaik untuk memerangi penularan pandemik Covid-19.

“Saya percaya perkhidmatan ini dapat membantu meningkatkan akses kepada ubat-ubatan sambil memastikan langkah pencegahan semasa krisis Covid-19 ini,” katanya selepas merasmikan farmasi bergerak semalam.

Difahamkan katanya, perkhidmatan tersebut bakal menyediakan pesakit luar dengan akses yang lebih mudah untuk mengambil preskripsi pengisian semula dalam masa yang lebih pendek daripada perkhidmatan farmasi biasa selain dapat meningkatkan kawalan penularan Covid-19.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 19 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak