Graduan perlu tambah kemahiran hadapi saingan pekerjaan

KUCHING: Para siswazah perlu mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan tidak bergantung kepada pendidikan formal semata-mata untuk membolehkan mereka bersaing bagi mendapatkan peluang pekerjaan.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dr. Annuar Rapaee berkata, semua pihak khususnya golongan siswazah perlu menyedari perkara tersebut kerana ia memainkan peranan penting untuk membina kerjaya.

“Pasa masa ini, walaupun peluang pekerjaan itu wujud tetapi persaingan juga cukup kuat.

“Jadi, hanya dengan segulung ijazah atau pendidikan tinggi tidak cukup untuk seseorang itu mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Program MyCareer @ MOHE, Zone Borneo (Sarawak) 2021 menerusi siaran langsung di Facebook rasmi Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak, hari ini.

Suara Sarawak