Hanya ziarah dibenarkan, tiada rumah terbuka

ASAJAYA: Hanya aktiviti ziarah ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan pada Hari Raya Aidilfitri dan bukan aktiviti rumah terbuka, tegas Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Adun Asajaya itu berkata, beliau sedia maklum akan perkara tersebut yang menjadi perbincangan masyarakat di media sosial selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) mengeluarkan garis panduan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan aktiviti menziarah kubur.

“Aktiviti rumah terbuka tidak dibenarkan, tetapi menziarahi atau berkunjung ke rumah ibu bapa serta ahli keluarga terdekat dibenarkan pada tempoh yang ditetapkan itu.

“Ini bagi memberi peluang kepada mereka berkunjung atau berziarah ke rumah ibu bapa pada Hari Raya Aidilfitri, tetapi bukan rumah terbuka,” katanya.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak