Harap kerajaan persekutuan dan negeri terus membantu

KUCHING: Pengerusi Persatuan Perumahan dan Hartanah Sarawak (Sheda) Cawangan Kuching, Datuk Sim Kiang Chiok tidak menolak keputusan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri ini, meskipun ia bakal menjejaskan operasi perniagaan dan sektor ekonomi masyarakat.

Beliau bagaimanapun berharap bantuan daripada Kerajaan Persekutuan tidak dibatalkan mengikut kelayakan seperti di bawah pakej Permai berkenaan subsidi gaji pada pelaksanaan PKP 2.0 tahun lalu yang hampir sama dengan situasi PKPB kini.

“Saya turut berharap agar Kerajaan Sarawak juga dapat meneruskan usaha untuk menyalurkan bantuan yang berkaitan kepada peniaga dan pekerja memandangkan PKP 3.0 dilaksanakan di negeri ini.

“Keprihatinan saya terhadap semua sektor perniagaan dan tenaga kerja yang terjejas amat tinggi, kerana ia bukan sahaja mempengaruhi produktiviti dan pendapatan, malah juga jualan yang berlangsung,” katanya lagi.

.…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak