Ibu dan lima anak perlu bantuan segera

SIBU: Ibu tunggal, Teresa Santa Angil, 44, bersama-sama lima anaknya hidup menderita di Puchong selepas ditinggalkan suami tiga tahun lalu.

Lebih perit, sumber makanan harian enam anak-beranak itu bergantung daripada hasil derma orang ramai.

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, menurut kisah yang disiarkan Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS), mereka difahamkan sudah dua tahun tidak dapat membayar sewa rumah.

Teresa yang berasal dari Engkalat Bukit Aub dekat sini, kini tinggal di Puchong memerlukan bantuan segera.

Menurut ibu tunggal itu, dia kini terpaksa menyara lima cahaya mata yang masing-masing berusia 17, 13, 11, empat dan dua tahun.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 06 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak