Jadual latihan seperti biasa, usai PKP

KETUA Jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim memberitahu, pihaknya perlu menunggu tempoh berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti sebelum kembali merangka jadual latihan seperti biasa.

Menurut Irfan, ketika ini pemain belum dapat melaksanakan latihan seperti biasa ekoran PKP yang akan tamat pada tarikh ditetapkan (11 Jun).

“Kita masih belum dapat berlatih seperti biasa buat masa sekarang kerana PKPB,” katanya kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Irfan mengakui, situasi dilalui memang memberi sedikit impak terhadap kecergasan pemain.
Bagaimanapun katanya, ia bersifat sementara malah yakin pemain dapat mengembalikannya apabila latihan kembali bersambung.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak