JENDELA membuka ruang ke arah liputan 4G

Menjelang 31 Disember 2021 nanti, rangkaian 3G yang seperti kita ketahui akan ditamatkan secara rasmi. Era rangkaian 3G di Malaysia berakhir seiring dengan pelancaran Rancangan Infrastruktur Digital Nasional atau JENDELA (Jalinan Digital Negara) oleh kerajaan.

JENDELA bakal memacu Malaysia ke ‘Norma Seterusnya’ era baharu dengan CELCOM menerajui jalan untuk hubungan yang lebih lancar ke arah dunia digital dalam memajukan masyarakat untuk generasi yang akan datang. JENDELA diharapkan dapat dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (2021–2025) manakala JENDELA akan meletakkan asas kepada kemudahan liputan jalur lebar yang komprehensif dan berkualiti tinggi sambil mempersiapkan negara untuk peralihan ke arah teknologi 5G.

Melalui inisiatif JENDELA, ratusan laman sesawang mudah alih baru akan dibina di seluruh negara untuk menyokong sambungan yang lebih pantas dan lancar yang ditawarkan oleh liputan rangkaian 4G. Jangkaan peningkatan mencapai peningkatan liputan rangkaian populasi hingga 96.9%, dengan kelajuan jalur lebar meningkat menjadi 35Mbps dari 26Mbps. Untuk Sabah dan Sarawak buat masa ini,  liputan rangkaian 4G sedia ada agak terhad dalam pelaksanaan serta peningkatan mecapai kemajuan tersebut.

Manfaat kepada Pengguna

Faedah daripada usaha ini sangat besar. Pernahkan anda merasa terganggu dengan keadaan internet yang dilanggan apabila cerita yang ditonton tersekatsekat atau permainan online terganggu? Pengalaman buruk dalam menghadapi ‘buffering’ semasa memuat turun video atau menikmati muzik dalam talian bakal berlalu. Sambungan 4G bermaksud ia akan berjalan lancar semasa menonton filem dan santai mendengar strim muzik. Panggilan kepada insan tersayang, keluarga dan rakan-rakan pastinya membolehkan kita menikmati kualiti video dan suara yang lebih lancar.

Dan untuk gamer, pastinya kerseronokan yang tidak pernah berakhir untuk ke tahap lebih tinggi akan menjadi lebih mudah. Yakinlah bahawa rangkaian 4G akan memberikan sambungan yang lebih baik dan anda sentiasa boleh meneruskan gaya hidup berkualiti.

Dengan itu, CELCOM akan berada di barisan depan untuk memberikan peluang yang luas kepada pengguna dalam tempoh pertukaran rangkaian. Antara penambahbaikan kepada pengguna adalah rangkaian yang lebih pantas dan lebih baik serta proses peralihan yang lancar dan tanpa gangguan.

Era Baru dalam Pendidikan

Pandemik yang melanda seluruh dunia telah menjejaskan pelbagai kelompok komuniti & kelompok yang paling terjejas adalah golongan pelajar pada era Covid-19 ini. Untuk mengatasi keperluan dan masalah semasa iaitu dalam ekosistem pendidikan semasa, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah diperkenalkan oleh kerajaan. Justeru dengan adanya manfaat rangkaian 4G Celcom, sambungan tanpa gangguan dan lebih luas ke laman pembelajaran dan laman sesawang sumber pendidikan yang pastinya terjamin untuk pelajar.

Pendidikan para pelajar di rumah secara online juga menjadi lebih mudah dengan menggunakan saluran Google Meet dan Google Classroom. Begitu juga kepada para pendidik, mereka boleh membawa pelajaran kepada pelajar dengan sambungan yang lebih baik melalui rangkaian 4G. PdPR akan menjadi medium sokongan yang penting untuk bersekolah secara bersemuka.

Perniagaan seperti Biasa

Bagi tujuan perniagaan pula, pemilik PKS dapat mengaplikasikan dunia e-commerce dan perkhidmatan online bagi tujuan mengembangkan peluang perniagaan mereka melalui platform seperti Zoom, Webex, Microsoft Teams dan Google Meet. M0.332elalui rangkaian 4G, pastinya ia dapat menghubungkan pemilik perniagaan dengan peluang e-dagang baharu, sekaligus meningkatkan produktiviti. Dengan semua perubahan yang sangat diperlukan ini, Celcom ingin menggesa semua pengguna 3G untuk beralih ke rangkaian 4G demi memanfaatkan sebahagian besar matlamat JENDELA serta mempertingkatkan segala keperluan mendatang.

Untuk membuat peralihan yang lancar, Celcom menawarkan pelbagai pakej telefon pintar khas yang disesuaikan untuk membantu peralihan anda, sama ada untuk pakej pascabayar atau prabayar.

Bagi pengguna pascabayar, Celcom MEGA™ LIGHTNING merupakan pelan pascabayar pertama di Malaysia yang membolehkan seseorang menukar kuota internet yang tidak digunakan untuk pulangan tunai Boost™. Dari RM98 sebulan sahaja, pengguna kini boleh mendapatkan telefon pintar PERCUMA – sama ada Oppo A54 128GB atau Vivo Y31 – serta menikmati Internet Berkelajuan tinggi 40GB. (Sambungan Internet Pantas dengan pengalaman strim lancar serta panggilan Tanpa Had) Sementara itu, Celcom XP Lite™ memberikan kemudahan TANPA HAD bagi pengguna dan boleh menggunakan YouTube, Instagram, Facebook, WhatsApp dan WeChat dengan hanya RM38 sebulan.

Dengan pakej telefon pintar khas ini, pengguna juga boleh memilih untuk dapatkan antara telefon Vivo Y1s secara PERCUMA atau tambah RM149 untuk Samsung Galaxy A02 atau hanya tambah RM99 sahaja untuk Nokia C2. Bagi pengguna prabayar pula, mereka dapat menikmati pengalaman tanpa had di Celcom Xpax Prepaid. Pelbagai pas Internet Harian, Bulanan & Tanpa Had juga turut disediakan untuk dinikmati oleh pengguna mengikut pilihan masing-masing.

Dengan pakej telefon bimbit, pengguna dapat menikmati DISKAUN RM160 untuk pembelian telefon pintar terpilih, Samsung Galaxy A02 pada harga hanya RM299 atau Nokia C2 pada harga hanya RM249.

Beralih sekarang di bluecube atau Rakan Sah Celcom sebelum terlambat!

Layari https://www.celcom.com.my/personal/devices/jendela untuk maklumat lebih lanjut.

#SwitchToCelcom4G #Celcom4GLagiOK

 

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak