JPBNS kuat kuasa kaedah SOP yang lebih ketat mulai 12.01 pagi ini

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBNS) memutuskan untuk memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mewujudkan “circuit breaker”.

Menurut kenyataan JPBNS, ia diputuskan selepas penilaian risiko di buat bagi memutuskan rantaian jangkitan semasa selepas.

“SOP tersebut berkuat kuasa 7 Mei ini jam 12.01 pagi sehingga 17 Mei (11.59 malam) dan di muat turun dari laman web: https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkpb-2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, JPBNS memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rh. Mathew, Lubok Pisang, Genega, Pakan dan Rh. Dangat, Sg Kawi, Bintangor, Meradong ditamatkan.

“Ini memandangkan keputusan saringan kedua tidak mendapati sebarang kes positif yang baharu dan tiada bukti yang menunjukkan jangkitan masih menular di kawasan tersebut,” jelasnya.

JPBNS turut menasihatkan rakyat Sarawak untuk menangguhkan semua perancangan perjalanan ke negeri dan daerah di Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Terengganu dan Perak berikutan kawasan berkenaan diisytiharkan PKP.


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak