KCFC sambung latihan 21 Mei

SKUAD Kuching City FC (KCFC) akan kembali berlatih pada 21 Mei ini sebagai persiapan mengharungi pusingan kedua Liga Premier 2021.

Penolong pengurus, Firdaus Morshidi berkata, sekarang ini para pemain diberi cuti Hari Raya Aidilfitri. Mereka selesai menjalani kuarantin Isnin lalu.

“Sebaik kembali ke Kuching sekitar lebih dua minggu yang lalu, kami langsung tidak menjalani latihan di padang.

“Jadi, ia menjejaskan tahap kecergasan pemain. Oleh itu, kami akan bermula dari A, sebaik latihan 21 Mei nanti,” ujar Firdaus.

Malah jurulatih KCFC, Irfan Bakti juga risau mengenai kecergasan pemain, yang agak lama berehat kerana terpaksa menjalani kuarantin 14 hari.

KCFC menduduki tangga kesembilan Liga Premier setelah mengharungi 10 aksi dengan dua kemenangan, empat seri dan empat kali kalah.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mei 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak