KCFC sudah ada calon pengganti

SKUAD Kuching City FC (KCFC) memerlukan penyerang import baharu bagi mengharungi pusingan kedua Liga Premier yang bermuda 18 Jun depan.

Ini kerana penyerang sedia ada, Hudson Dias dan Bryan gagal menyerlah sepanjang pusingan pertama.

Bryan hanya mampu menyumbat satu gol, manakala Hudson gagal menjaringkan sebarang gol dalam 10 aksi.

Ketua Pegawai Eksekutif KCFC Iswandy Ali Hassan berkata, mereka telah pun mempunyai calon import asing. “Kami masih dalam proses rundingan,” katanya yang dihubungi Arena Suara Sarawak semalam.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 Mei 2021

 
Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak