Kekangan pengangkutan dan logistik jejaskan kelancaran program vaksinasi

KUCHING: Program Vaksinasi di Sarawak mengalami kelewatan disebabkan masalah logistik, kata Pemangku Pengarah JKNS Dr Rosemawati Ariffin.

Menurutnya, mereka difahamkan tiada penerbangan yang datang ke Sarawak pada tarikh yang telah ditetapkan.

“Kita memberitahu Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin tentang perkara ini dan pihaknya dapat mencari penerbangan yang lain untuk digunakan.

“Atas usaha beliau vaksin itu diterima semalam (26 Mei 2021),” katanya pada sidang media perkembangan harian Covid-19 di Sarawak, semalam.

Tambahnya, sebagai langkah proaktif mereka mengambil keputusan melewatkan sedikit program vaksinasi ini sehingga vaksin diterima.

“Jadi vaksin ini akan diberikan dalam beberapa hari lagi. “Bagaimanapun, tiada tarikh khusus untuk program tersebut dan ia bergantung kepada tempat serta bahagian itu sendiri.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 28 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak