Kenali masalah ADHD dikalangan kanak-kanak

PENYAKIT Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) merupakan kecelaruan tingkah laku terjadi dalam kalangan kanak-kanak.

Kanak-kanak mengalami ADHD biasanya mempunyai masalah memberi tumpuan dan sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar.

Disebabkan kegagalan mereka memberi tumpuan, pesakit ADHD biasanya mudah mengulangi kesalahan yang sama.

Sebagai contoh, mereka sering gagal menyiapkan kerja sekolah atau mempunyai masalah mengurus kehidupan harian.

Selain itu, kanak-kanak juga gagal memberi tumpuan sepenuhnya ketika bercakap dengan orang lain.

Faktor Genetik Terdapat punca menyatakan kanak-kanak ADHD disebabkan faktor keturunan dan genetik. Bagaimanapun, punca sebenarnya penyebab utama ADHD belum dapat ditentukan kerana masih dalam kajian.

Oleh itu, kanak-kanak mengalami ADHD perlu diberi perhatian dan sokongan terutama ibu bapa. Ibu bapa dapat memainkan peranan dengan memberi mereka latihan seperti belajar, melukis dan menari.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 18 Mei 2021


Dapatkan kandungan menarik di media sosial kami:  Facebookk | Tiktok | InstagramYoutubee Twitter |
 
!Peringatan! Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara Suara Sarawak. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.

Suara Sarawak