Kerajaan belum buat keputusan

KUCHING: Sarawak belum memutuskan untuk melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh setakat ini.

“Tidak tahu lagi,” demikian kata Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Mejar Ismail Mahedin ketika dihubungi berhubung sama ada Sarawak akan mengikut Sekatan Pergerakan Penuh atau tidak.

Terdahulu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan akan melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh mulai 1 Jun ini.

Sarawak sedang dalam fasa PKP 2.0 bermula 29 Mei hingga 11 Jun. Mengulas mengenai kadar kompaun Ismail berkata, individu yang ditangkap merentas daerah, negeri tanpa kebenaran akan di kompaun RM5,000.

Katanya lagi, kadar kompaun bagi kesalahan berkumpul ramai tanpa penjarakan fizikal ialah RM4,000 seorang, manakala untuk premis atau syarikat adalah RM2,000 dan bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka RM1,500 seorang.

“Manakala, untuk kesalahan kenderaan melebihi had ditetapkan (tiga orang termasuk pemandu) akan dikenakan kompaun RM2,000.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 31 Mei 2021

Suara Sarawak